Prasasti Berbahasa Melayu-Campa

Penyemakan terakhir terhadap prasasti-prasasti Campa yang dilakukan oleh Dr. Anne Valery Schweyer ketika Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Campa anjuran KKKW, JMA dan EFEO pada tahun 2004 menunjukkan bahawa daripada keseluruhan 210 buah prasasti Campa, tidak termasuk yang baru ditemui oleh sarjana-sarjana Vietnam tetapi masih belum dilaporkan, sejumlah 127 prasasti adalah berbahasa Campa sepenuhnya